DUNIATURKI

Turki Sampaikan Takziah ke Nigeria

Turki Sampaikan Takziah ke Nigeria

Turki menyampaikan ucapan takziah kepada Nigeria, negara Afrika Barat, atas kematian rakyatnya dalam serangan pengganas yang dianjurkan di negara itu.

Turki sangat berduka atas serangan-serangan yang dianjurkan pada hari sebelumnya di negeri Borno dan Yobe di Nigeria, yang telah menyebabkan ramai orang kehilangan nyawa dan cedera, Kata Kementrian Luar Turki dalam satu kenyataan.

“Kami mengecam serangan pengganas yang kejam ini. Kami mengharap rahmat Tuhan bagi mereka yang kehilangan nyawa, dan mengharap kesembuhan segera bagi mangsa yang cedera, dan kami mengucapkan takziah kepada rakyat dan kerajaan Nigeria.” Kata Kementrian.
Dalam serangan bersenjata yang dianjurkan oleh organisasi pengganas Boko Haram di Borno dan Yobe, Nigeria, dilaporkan bahawa 20 orang kehilangan nyawa dan ramai yang cedera.