TURKI

Turki Mengecam Serangan Boko Haram di Niger

Turki Mengecam Serangan Boko Haram di Niger


Turki mengecam serangan pengganas yang dianjurkan ke Niger dan menyampaikan ucapan takziah kepada Nijer, atas kematian rakyatnya dalam serangan itu.

Turki sangat berduka atas serangan-serangan yang dianjurkan pada hari Isnin di bandar Diffa di Niger, yang telah menyebabkan para tentera kehilangan nyawa dan cedera, Kata Kementrian Luar Turki dalam satu kenyataan.

“Kami mengecam serangan pengganas yang kejam ini. Kami mengharap rahmat Tuhan bagi mereka yang kehilangan nyawa, dan kesembuhan segera bagi mangsa yang cedera, dan kami mengucapkan takziah kepada rakyat dan kerajaan Niger.” Kata Kementrian.

Di Niger, dlaporkan bahawa 12 tentera terbunuh dan 10 cedera dalam serangan yang dianjurkan oleh organisasi pengganas Boko Haram di Pangkalan Tentera Blabrine di bandar Diffa pada Isnin malam.