DUNIA

Azerbaijan: ”Kami Musnahkan Peralatan Ketenteraan Armenia dengan UAV Bersenjata Buatan Turki”

Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev menegaskan bahawa dengan kenderaan udara tanpa pemandu bersenjata yang mereka beli dari Turki, mereka telah memusnahkan peralatan milik tentera Armenia senilai satu bilion dolar.

Bercakap kepada televisyen France 24, Aliyev menceritakan peranan UAV Bersenjata, yang dibekalkan Turki kepada Azerbaijan, dalam konflik di Nagorno-Karabakh.

“Ini adalah senjata yang sangat moden dan canggih. Kami baru saja memusnahkan peralatan ketenteraan tentera Armenia bernilai satu bilion dolar dengan bantuan UAV Bersenjata yang kami beli dari Turki.” Katanya.

Menggariskan bahawa tentera Azerbaijan menggunakan senjata artileri dan pelbagai peralatan ketenteraan, Aliyev juga menekankan bahawa terdapat bilangan UAV bersenjata yang mencukupi dalam inventori mereka.

Tentera Azerbaijan melancarkan serangan balas pada 27 September, ekoran tentera Armenia melepaskan tembakan ke penempatan orang awam.

Selepas kehilangan kedudukannya, tentera Armenia meneruskan serangan ke penempatan orang awam Azerbaijan dengan meriam dan peluru berpandu.

Semasa perbincangan di Moscow, ibu negara Rusia, Azerbaijan dan Armenia bersetuju untuk mencapai gencatan senjata yang berkuat kuasa dari jam 12:00 waktu tempatan pada 10 Oktober untuk pertukaran jenazah dan tahanan bagi tujuan kemanusiaan di Nagorno-Karabakh.

Sebelum 24 jam berlalu selepas gencatan senjata dicapai, tentera Armenia menyerang kota Ganja di Azerbaijan dengan peluru berpandu dan mengakibatkan 10 orang terbunuh dan 35 cedera.

Tinggalkan Balasan