KEBUDAYAAN & KESENIAN

Risipi Masakan Turki (Sup Yogurt)

Yogurt adalah produk susu yang terbuat dari susu yang difermentasi.

Yogurt, makanan yang disukai di banyak negara di dunia, boleh dimakan biasa atau dengan buah serta dalam bentuk ice cream. Di Turki yogurt boleh dimakan biasa atau dicampur dengan makanan-makanan manis, ia juga boleh dimakan sebagai sos, sebagai minuman (jika dicampur dengan air) atau dibuat sup.

Diantara pelbagai risipi yang menggunakan yogurt, hari ini kami akan memberikan resipi ”sup yogurt” kepada anda.

Di Turki, sup yogurt ini dikenal dengan nama ‘’Yayla Çorbası’’.

Untuk memasak sup yogurt ala Turki, bahan-bahan yang diperlukan adalah:

6 cawan air rebusan daging atau air putih biasa.
3 sudu besar beras
2 sudu besar terigu
1 kuning telur
2 cawan yogurt
2 sudu kecil dan pudina kering
2 sudu besar mentega

Bagi penyediaan; pertama, letakkan air ke dalam periuk dan didihkan. Selepas menambah garam ke dalam air yang telah mendidih, tambahkan beras yang telah dibasuh dan terus masak sehingga nasi mula melembutkan. Tambahkan secawan air agar tidak terlalu kental. Tuang beberapa senduk dari air rebusan beras ke campuran yogurt secara perlahan. Lepas itu masukan campuran yogurt tadi perlahan-lahan ke rebusan bersa dan aduk mesra. Apabila mula mendidih, masak selama 10 minit dan matikan kompor. Panaskan mentega dalam kuali kecil, tambah pudina kering di atasnya. Selepas memasak selama 30 saat tambahkan pada sup. (lada merah atau hitam buleh ditambah jika suka)….

Selamat menikmati…

Tinggalkan Balasan