KEBUDAYAAN & KESENIAN

Resipi Masakan Turki (Menemen)

Dalam budaya Turki, sarapan mempunyai tempat yang sangat special. Ia bukan sarapan dengan hanya memakan sepotong kek atau semangkuk cereal. Dalam menu sarapan tradisional Turki, orang-orang Turki meminum teh dan untuk meminum teh itu mereka bukan menggunakan cangkir melainkan menggunakan gelas-gelas kaca berukuran kecil. Sedangkan kopi merupakan sebuah minuman yang diminum selepas sarapan selesai.

Dalam Bahasa Turki sarapan adalah ‘’Kahvaltı’’ yang bererti ‘’Kahve Altı’’ atau boleh kita ertikan sebagai ‘’makanan yang dimakan sebelum minum kopi’’. Apa saja yang dimakan oleh orang-orang Turki bersama teh di waktu sarapan? Yang utama adalah keju dan buah zaitun. Anda tidak salah dengar, buah Zaitun! Buah zaitun yang dikonsumsi sebagai makanan ringan di banyak budaya, merupakan salah satu yang harus ada dalam hidangan sarapan di Turki. Sedangkan keju, pelbagai jenis keju boleh dikonsumsi semasa sarapan. Biasanya terdapat pelbagai macam jenis keju di meja makan, namun ‘’keju putih’’ senantiasa menjadi yang utama. Menu sarapan ala Turki sangatlah kaya. Selain buah zaitun, keju, mentega, madu, dan jem, juga terdapat Turkish sosej (sucuk), sosej, dan salami, telur yang dimasak dengan cara yang berbeza; Pastri seperti pai, sayuran goreng, tomato, timun, cili dan pelbagai dedaunan hijau boleh didapati semasa sarapan.

Dalam program resipi masakan turki, hari ini kami akan berkongsi dengan anda resipi ”menemen” yang merupakan salah satu makanan kegemaran semasa sarapan. Menemen adalah sejenis omelet yang dimasak dengan menggunakan tomato, cili dan terkadang juga bawang. Sekiranya anda sudah bersedia sekarang, kami boleh mengira ramuan yang kami perlukan untuk memasak menemen.

4 tomato

1 bawang

4 cili hijau besar

3 telur

2 sudu minyak

1/3 sudu teh garam

1/3 sudu teh lada hitam

Sebelum menerangkan bagaimana cara memasak menemen, adalah berguna untuk mengatakan bahawa orang-orang Turki terbagi kepada dua mengenai sama ada manemen harus dimasak dengan atau tanpa bawang. Satu kumpulan mendakwa bahawa menemen harus dimasak tanpa bawang, manakala kumpulan lain berpendapat bahawa tidak akan ada yang menemen tanpa bawang.

Di sini kami memberikan resipi Menemen yang dimasak dengan menggunakan bawang. Jika anda mahu anda boleh mulakan dengan menumis cili hijau langsung tanpa menggunakan bawang.

Sekarang kita boleh teruskan memberikan resipi kami. Pertama, kupas bawang dan tomato potong-potong menjadi kotak-kotak kecil. Potong chili memanjang menjadi dua kemudian potong dalam bentuk setengah bulan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang selama 4-5 minit. Kemudian; tambah cili hijau dan teruskan menumis. Tambahkan tomato cincang dan masak bersama bahan-bahan lain sehingga air tomato surut. Pecahkan telur dalam mangkuk, tambah garam dan lada kemudian kocok, dan tambahkan ke dalam tumisan tomato dalam kuali. Masak selama 3-4 minit sambil kacau sesekali. Sajikan bersama dengan irisan roti selagi panas. Selamat makan!

Dalam program Masakan Turki, kami telah memberikan resipi Menemen, yang merupakan salah satu hidangan tradisional Turki. Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan risipi berbeza.