DUNIA

Azerbaijan, ‘Turki juga akan Memeriksa Perjanjian Karabakh’

Dilaporkan bahawa Turki juga akan mengambil bahagian dibawah kawalan perjanjian Nagorno-Karabakh yang telah dicapai Azerbaijan dengan Armenia.

Leyla Abdullayeva, Jurucakap Kementerian Luar Negeri Azerbaijan berkata bahawa Turki dan Rusia akan berfungsi sebagai pasukan pengaman di rantau ini.

Abdullayeva, merujuk pada artikel ke-5 perjanjian yang ditandatangani dengan Armenia di bawah pengantaraan Rusia,

“Pusat kawalan akan ditubuhkan untuk mengawal pelaksanaan perjanjian.Tidak ada negara yang disebut dalam perjanjian.
Ini boleh menimbulkan tanda tanya dalam fikiran
tetapi Turki beserta Rusia juga akan mengambil tempat di pusat kawalan dan pemerhatian yang akan dilaksanakan di wilayah .Turki juga telah pasti berada di titik pemerhatian gencatan senjata.” katanya.

Abdullayeva, mengucapkan terimakasih kepada Turki yang sentiasa berada disisi Azerbaijan.

Jurucakap Abdullayeva juga mengatakan:

“Walaupun Perdana Menteri Armenia Nikol Pashinyan pergi, perjanjian itu tidak akan berubah. Menurut perjanjian itu, penarikan diri dari (Karabakh) akan selesai dalam 20 hari.” menggunakan ungkapan tersebut.

Tinggalkan Balasan