TURKI

Turki Mengeksport Alpukat ke 33 Negara

Di Turki, 14 ribu tan alpukat dihasilkan dalam 5 tahun terakhir dan kira-kira 2 juta 79 ribu dolar eksport direalisasikan.

Menurut data Institut Statistik Turki, Turki yang mengeksport alpukat ke 33 negara termasuk Rusia, Romania, Ukraine dan Jerman, angka eksportnya selama 5 tahun terakhir telah meningkat 41 kali ganda.

Tahun lalu, pengeluaran alpukat meningkat 33 peratus berbanding tahun sebelumnya dan mencapai 4 ribu 209 tan.

Keseluruhan pengeluaran dibuat di Wilayah Mediterranean.

Sementara senilai 50 ribu 107 dolar alpukat dieksport dari rantau ini pada 1 Januari – 26 Mei 2019, angka ini meningkat menjadi 54 ribu 298 dolar dengan kenaikan 8.36 peratus pada tempoh yang sama tahun ini.