TURKI

Brazil Import Alat Pernafasan Buatan Turki

Butanta Institute di negeri Sao Paulo, Brazil, mengimport alat pernafasan yang dihasilkan di Turki, ekoran alat pernafasan yang diimport dari China tidak tiba.

Brazil, yang mencatat hampir 48 ribu kematian akibat wabak jenis baru coronavirus (Covid-19) dan lebih daripada 978 ribu kes, mula mengimport peralatan pernafasan dari luar negara untuk memenuhi keperluan mendesak di unit rawatan rapi.

Pihak berkuasa Brazil, berpaling ke Turki untuk membeli alat pernafasan yang mendesak dan tanpa masalah berikutan peranti yang diimport dari China tidak sampai ke Sao Paulo.

Menteri Perindustrian dan Teknologi Turki, Mustafa Varank, menerusi akaun Twitter berkongsi foto alat-alat pernafasan tempatan yang dihasilkan di Turki dan dieksport ke Brazil,

”Tidakkah kita merasa bangga melihat tulisan ‘Made in Turkey’ di sebuah hospital yang jauhnya 11.000 kilometer dari Turki” Ungkapnya.

Tinggalkan Balasan