Resipi Masakan Turki (Mercimekli Köfte)
Hari ini kami akan berkongsi resipi sebuah makanan vegan yang terbuat dengan lentil merah sebagai bahan utama dan disediakan tanpa di masak. Nama makanan kita adalah ‘’mercimekli köfte’’. Lentil merupakan sumber protein dan penyelamat terutamanya bagi orang-orang yang bukan pemakan daging. Semua jenis lentil yang tergolong dalam keluarga kekacang, banyak dikonsumsi dan sangat disukai di Turki. Lentil merupakan bahan utama untuk banyak masakan dari salad hingga nasi, dari sup hingga pastri. Mercimekli Köfte yang hari ini resipinya akan kami kongsi kepada anda, adalah sebuah makanan yang sangat lazat dan merupakan hidangan pelbagai fungsi, ia boleh disajikan sebagai snek teman minum teh, sebagai hidangan utama dan sebagai makanan sampingan. Sekarang, jika anda sudah bersedia, kami boleh memberikan anda resipi hidangan vegan yang lazat ini.
Sebelum menyediakan Mercimekli Köfte, mari kita mula mengira bahan-bahan yang diperlukan
• 1 gelas lentil merah
• 2 cawan bulgur halus
• 2 bawang besar yang dicincang halus
• ½ gelas minyak zaitun
• 3 sudu pes tomato
• ½ cawan air panas
• 1 ikat pasli
• 6 batang daun bawang
• 1 liter air
• 1 sudu teh garam
• 1 sudu teh jintan
• 1 sudu teh cili bubuk
• 1 sudu teh lada hitam
• 10 lembar daun salad
Kini tiba masanya untuk menyediakan Mercimekli Köfte. Pertama, basuh satu cawan lentil dan mula masak dengan satu liter air. Masak lentil sehingga lembut dan air rebusan tersisa sedikit. Apabila lentil masak, matikan api dan tambahkan dua cawan bulgur halus ke periuk. Tutup periuk dan biarkan selama 35 hingga 40 minit.
Sambil menunggu lentil dan bulgur hangat, kita boleh menyediakan bahan-bahan lainnya. Pertama, tumis bawang dengan minyak zaitun sehingga masak. Kemudian tambahkan 3 sudu pes tomato ke kuali. Tambahkan satu sudu teh chili flakes dan satu sudu teh lada hitam dan kacau merata. Masukkan setengah cawan air ke periuk biarkan mendidih. Campurkan campuran pes tomato dengan lentil dan bulgur dan tutup lagi periuk. Sementara itu, cuci daun bawang dan pasli dan cincang halus. Letakkan campuran pes tomato, lentil, bulgur dalam wadah, tambah 1 sudu teh garam dan 1 sudu teh jintan dan uli dengan baik. Kemudian tambah sayuran yang telah anda potong halus dan teruskan menguli. Apabila semua bahan dicampurkan dengan sempurna, ambil sekepingan kecil sebesar walnut dan bentuk dengan meremasnya dengan telapak tangan anda dan letakkan di atas pinggan saji yang telah anda letakkan selada pada dasarnya. Selamat menikmati.
Dalam program resipi masakan-masakan Turki, kali ini kami telah memberikan anda resepi Mercimekli Köfte, salah satu kelezatan yang penting dalam dapur Turki.
Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan kelezatan yang berbeza.