KEBUDAYAAN & KESENIAN

Resipi Masakan Turki (Fırında Sütlaç)

Makanan pencuci mulut yang dibuat dengan susu adalah citarasa masakan Turki yang sangat penting. Ia sangat disukai kerana selain mudah pembuatannya, ia juga sangat bergizi. Terutama selepas makan malam yang berat, mereka yang ingin memanjakan mulutnya dengan makanan pencuci mulut, pencuci mulut yang dibuat dengan susu adalah sebuah pilihan yang tepat.

Dalam program resipi masakan Turki kali ini kami akan memberikan kepada anda resipi pencuci mulut bersusu yang dimasak sejak zaman Uthmaniyyah sehingga setakat ini, nama pencuci mulut ini adalah ‘’Fırında Sütlaç’’, atau boleh diertikan sebagai puding susu dengan beras yang dimasak di oven.

Fırında Sütlaç adalah kelazatan yang tercipta atas kolaborasi antara susu, beras dan gula, walaupun dari segi bahan-bahan yang digunakan, pencuci mulut ini serupa dengan puding beras yang dimasak di seluruh penjuru dunia, namun ia berbeza dari segi kekentalan, tekstur dan cara memasaknya.

Sekiranya anda sudah bersedia sekarang, kita boleh mula memberikan resipi puding beras sekarang.

Untuk membuat Fırında Sütlaç, bahan-bahan yang kita perlukan adalah;

½ cawan beras

1.5 cawan air

5 cawan susu

3 sudu tepung beras

1 sudu kanji

1 pakej vanila

1 + 1/3 cawan gula

Untuk membuat Fırında Sütlaç, pertama cuci beras sehingga bersih dan letakkan dalam periuk yang dalam. Tambah satu setengah cawan air sejuk, rebus sehingga air habis dan beras lembut. Sementara itu, campurkan tepung beras, kanji, vanila dan gula dalam periuk lain, perlahan-lahan tambahkan susu ke dalamnya sehingga tercampur secara homogen. Letakkan periuk diatas api dan kacau terus sehingga mendidih. Selepas mendidih selama satu atau dua minit, tambah beras yang telah direbus tadi ke dalam campuran dan masak secara berterusan sambal dikacau sehingga menjadi lebih kental. Bahagikan puding beras yang telah masak ke dalam mangkuk tahan panas dan biarkan sedikit sejuk. Letakkan mangkuk yang sudah agak sejuk pada dulang pembakar. Kemudian masukkan air ke dulang sehingga separuh dari mangkuk. Bakar dulang dalam ketuhar 200 darjah yang telah dipanaskan terlebih dahulu, dan masak selama kira-kira 15 hingga 20 minit. Biarkan puding beras sejuk dan hidangkan selagi sejuk.

Selamat menikmati hidangan anda!

Dalam program resipi masakan-masakan Turki, kali ini kami telah memberikan anda resepi Fırında Sütlaç, salah satu kelezatan yang penting dalam dapur Turki.

Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan kelezatan yang berbeza.

Tinggalkan Balasan