KEBUDAYAAN & KESENIAN

Pelancongan di Turki (Masjid Agung Divriği dan Darüşşifa)

Masjid Agung Divriği dan Darüşşifa adalah antara karya seni bina yang paling penting di Anatolia dengan seni bina dan ukiran batu yang luar biasa. Dibina sekitar 775 tahun yang lalu, karya ini terdiri daripada masjid dan hospital yang bersebelahan…. Kedua-dua bangunan itu masuk dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1985.

Masjid dan hospital yang terletak di daerah Divriği di wilayah Sivas, di Central Anatolia Turki, tergolong dalam tempoh Mengücekoğulları yang terikat dengan Negeri Seljuk Anatolia. Masjid ini dibina oleh Tuan Mengücekli Ahmad Shah pada pertengahan abad ke-13, sedangkan Darüşşifa dibina oleh isteri Ahmad Shah, Turan Melek, pada tahun yang sama. Ketua Arkiteknya adalah Hürrem Shah asal Ahlat.

Keistimewaan yang paling penting dari Masjid Divriği dan Darrüşşifa, yang mempunyai posisi khusus di kalangan abad ke-13 sebagai contoh seni bina Anatolian-Turki, adalah ukiran di pintu-pintu dan tiang-tiangnya. Puluhan ribu motif yang digunakan dalam ukiran yang menunjukkan contoh kerajinan batu yang paling indah dan berbeza satu sama lain, menjadikan bangunan-bangunan itu mempunyai nilai yang berbeza.

Masjid yang mempunyai makam dengan dua kubah, dilapisi dengan batu-batu potong dan mempunyai pelan segi empat. Masjid ini mempunyai tiga pintu masuk. Di pintu masuk utama terdapat motif-motif bunga dan daun dan ia dikenali sebagai ”Door to Heaven”.

Pintu di bahagian barat penuh dengan hiasan bermotif renda. Corak tulip juga digunakan pada hiasan-hiasan dan di pintu-pintunya terdapat helang berkepala dua yang melambangkan orang-orang kekaisaran Seljuk Anatolia serta figur kepala memiliki sosok yang condong ke depan yang merupakan simbol dari Kerajaan Mengücek.

Pintu ketiga di bahagian timur dikenali sebagai “Shah Gate” kerana dianggarkan digunakan oleh Shah untuk masuk ke masjid.

Minbar yang dibuat daripada kayu pokok ebony, pokok yang paling lama berkekalan di dunia, berusia sama dengan masjid dan masih digunakan sehingga hari ini dan masih mengekalkan keasliannya.

Di dalam masjid, terdapat dua buah peti ukiran batu yang diukir dari satu batu. Semasa akan bepergian, orang-orang meninggalkan barang-barang dan perhiasan yang berharga ke peti ini. Sedangkan batu amal yang juga terdapat di dalam masjid, dibuat untuk meletakkan sedekah kepada mereka yang memerlukan.

Divrigi Darüşşifa, yang dirancang sebagai hospital umum, merupakan salah satu hospital tertua dan paling penting di Anatolia.

Şifahane (tempat penyembuhan) dalam tempoh ketika ia dibuat, ia berkhidmat untuk rawatan baik fizikal maupun rohani. Walaupun ia meneruskan fungsinya pada tempoh Empayar Uthmaniyyah, ia juga digunakan sebagai madrasah.

Jika anda pergi ke Sivas untuk melihat Masjid Agung Divriği dan Hospitalnya (Darüşşifası); anda wajib melawat rumah-rumah, madrasah-madrasah dan benteng-benteng bersejarah yang ada di bandar, pergi ke Tasik Tödürge, tempat menyelam dibawah ais, serta memcicipi kelezatan tradisional seperti “fırın çöreği, yaprak sarması, yufka tatlısı”.

Tinggalkan Balasan