Menteri Luar Jerman akan Lawat Turki Bagi Membincangkan Mediterranean Timur

Menteri Luar Jerman Heiko Maas, akan datang ke Turki minggu hadapan.

Jerman, masih meneruskan peranan pengantaraannya bagi mengakhiri ketegangan Mediterranean Timur antara Turki dan Yunani.

Menteri Luar Jerman Heiko Maas dijangka datang ke ibu kota Ankara pada hari Rabu, 14 Oktober dan bertemu dengan Menteri Luar Turki Mevlüt Çavuşoğlu.

Dalam lawatan tersebut, diharapkan hubungan dua hala dan perkembangan serantau, terutamanya Mediterranean Timur, akan dibincangkan.

Dilaporkan bahawa selepas melawat Turki, Heiko Maas juga akan mengadakan lawatan ke Athens dan Nicosia.

Tinggalkan Balasan