DUNIA

Joe Biden Mendapat Reaksi Keras dari Turki

Kenyataan skandal mengenai Turki dari Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) dan calon Presiden Joe Biden, mendapat reaksi yang sangat kuat: ”Mereka yang berani akan mendapat balasannya.”

“Turki tidak akan membiarkan kemerosotan suasana politik demokratik dengan pernyataan tidak bertanggungjawab seperti itu, ia akan terus berjuang di bawah kepemimpinan Presiden (Recep Tayyip) Erdoğan.” Kata Direktur Komunikasi Fahrettin Altun, mengenai pernyataan Biden.

Fahrettin Altun menerusi akaun media sosialnya menyatakan bahawa kenyataan Biden yang digunakan pada bulan Disember tetapi sekarang tercermin di media, adalah sebuah cerminan permainan yang dimainkan ke atas Turki dan pendekatan campur tangan.

Fahrettin Altun menekankan bahawa ungkapan-ungkapan ini tidak selaras dengan demokrasinya dan sifat hubungan dua hala Turki-AS.

“Kami yakin bahawa penyataan calon presiden dari sekutu NATO kami, AS, yang tidak mempunyai tempat dalam diplomasi, juga dianggap tidak dapat diterima oleh pentadbiran semasa. Turki sama sekali bukan sebuah negara yang menjadi bahan permainan politik.” Katanya.

“Turki tidak akan membiarkan kemerosotan suasana politik demokratik dengan pernyataan tidak bertanggungjawab seperti itu, ia akan terus berjuang di bawah kepemimpinan Presiden (Recep Tayyip) Erdoğan. Tidak ada yang dapat menyerang kehendak nasional dan demokrasi kami, dan mempertanyakan kesahihan presiden kami, yang dipilih dengan suara rakyat. mereka yang berani melakukannya telah mendapat balasannya pada malam 15 Julai 2016 (cubaan rampasan kuasa Organisasi Pengganas Fethullah FETÖ).” Katanya.

Jurucakap Parti Keadilan dan Pembangunan Ömer Çelik juga menyatakan,

“Dia tahu betul bahawa apa yang dia katakan adalah ‘upaya rampasan kuasa’. Definisi ini adalah rampasan kuasa. Ia berupaya untuk membawa agenda di Venezuela ke Turki. /…/Apa yang mereka lakukan kepada negara-negara satelit pada masa lalu, kini mereka cuba lakukan di negara-negara demokratik. Ini tidak ada kaitan dengan pakatan NATO atau mentaliti demokratik. Presiden Turki dipilih atas kehendak rakyat dan sedang menjalankan tugasnya. Menghasilkan sikap politik terhadap presiden kami, adalah menghasilkan sikap politik terhadap Turki.”

Terungkap bahawa Biden, pada bulan Disember, memberikan sokongan kepada pembangkang, dengan kata-kata skandal bahawa mereka boleh merubah pemerintahan di Turki.

Tinggalkan Balasan