Gempa Bumi Gegar Jepun dan Indonesia
Gempa Bumi Gegar Jepun dan Indonesia
Gempa bumi berskala 5.5 berlaku di wilayah Ibaraki di timur Jepun dan sedangkan gempa bumi 5.7 magnitud berlaku di provinsi Maluku, Indonesia.
Gempa bumi berskala 5.5 berlaku di wilayah Ibaraki di timur Jepun dan sedangkan gempa bumi 5.7 magnitud berlaku di provinsi Maluku, Indonesia.
Menurut pernyataan yang dibuat oleh Badan Meteorologi Jepun, gempa berkekuatan 5.5 magnitud yang berpusat di wilayah Ibaraki, tercatat pada kedalaman 50 kilometer.
Gempa bumi yang berlaku pada pukul 08.58 waktu tempatan, juga dirasakan di negeri-negeri sekitarnya.
Agensi itu tidak mengeluarkan amaran tsunami.
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG), juga mengumumkan bahawa gempa berkekuatan 5,7 magnitud yang berpusat di 276 kilometer di barat laut wilayah Maluku Tenggara Barat di pusat Maluku, tercatat 10 kilometer di bawah permukaan tanah.
Dalam gempa tersebut, tidak ada maklumat yang diberikan mengenai apakah ada kehilangan nyawa dan harta benda.
36 orang mati dalam gempa berkekuatan 6.8 yang berlaku pada 26 September 2019 di Ambon, ibu kota provinsi Maluku.