KEBUDAYAAN & KESENIAN

Resipi Masakan Turki (Kuzu Etli, Sebzeli Güveç)

Resipi Masakan Turki (Kuzu Etli, Sebzeli Güveç)
Pada program Resipi Masakan Turki, hari ini kami akan berkongsi dengan anda resipi ‘’Kuzu Etli, Sebzeli Güveç’’

Pada program Resipi Masakan Turki, hari ini kami akan berkongsi dengan anda resipi ‘’Kuzu Etli, Sebzeli Güveç’’ atau yang boleh diertikan sebagai sayur-sayuran yang dimasak dengan daging domba dan dimasak pada periuk yang diperbuat daripada tanah liat, masakan yang dimasak dalam periuk ini disebut ‘’Güveç’’. Anda boleh memasak semua jenis daging, sayuran atau kekacang dalam Güveç. Bahan-bahan yang dimasukkan ke dalam Güveç ini boleh dimasak dalam ketuhar kayu, ketuhar elektrik atau dimasak langsung di atas kompor. Mana-mana alat yang anda gunakan untuk memasak, anda perlu memberi perhatian bahawa hidangan yang di masak dengan Güveç mengambil masa lebih lama untuk memasaknya daripada masakan biasa yang dimasak dalam periuk biasa. Alasannya ialah periuk yang terbuat daripada tanah liat mengambil masa lebih lama untuk memanaskannya juga untuk menyejukkannya. Sebenarnya ini adalah rahsia mengapa hidangan yang dimasak dengan Güveç terasa lebih lazat. Mari kita lihat bahan-bahan apa sahaja yang harus disediakan untuk memasak ‘’Kuzu Etli, Sebzeli Güveç’’.

Bahan-bahannya adalah;

700 gram daging domba potong kecil

2 bawang ukuran sedang

4 chili hijau

4 tomato

2 terung

3 kentang ukuran sedang

1 lobak ukuran sedang

1 zucchini ukuran sedang

1 sudu besar tomato paste

3 ulas bawang putih

1 sudu teh oregano kering

1 sudu teh lada hitam

Garam secukupnya

Setengah cawan minyak zaitun

Tiba masanya untuk menyiapkan hidangan ini. Pertama, oleskan minyak pada permukaan dalaman Guveç dengan berus. Anda juga boleh menggosok asas periuk dengan bawang putih jika anda mahu. Dengan cara ini, aroma bawang putih akan menjadikan hidangan anda lebih kaya rasa. Pertama letakkan daging di dasar periuk. Potong bawang besar dan letakkan di atas daging. Letakkan chili hijau potong di atasnya. Potonglah terung, zucchini dan kentang dengan saiz yang sama seperti daging. Letakkan kentang dahulu, kemudian terung dan kemudian zucchini. Letakkan tomato iris pada bahagian atas periuk. Cairkan pes tomato dengan sedikit air. Masukkan lada hitam, garam, thyme dan minyak zaitun dan kacau dengan seksama. Tuangkan sos tomato ke atas periuk. Letakkan Guveç di atas kompor dan masak dengan api kecil selama satu jam setengah. Selepas hidangan masak, sajikan selagi panas. Selamat menikmati.

Dalam program resipi masakan-masakan Turki, kali ini kami telah memberikan anda resepi Kuzu Etli, Sebzeli Güveç, salah satu kelezatan yang penting dalam dapur Turki.

Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan kelezatan yang berbeza.