Turki akan Berbincang dengan BioNTech untuk Pengeluaran Bersama di Turki
Menteri Perindustrian dan Teknologi Turki, Mustafa Varank mengumumkan bahawa Turki akan berbincang dengan firma BioNTech untuk pengeluaran bersama di Turki.
Dalam kenyataannya, Menteri Varank menyatakan bahawa mereka telah mengadakan perbincangan mengenai pengeluaran vaksin bersama dengan saintis Turki Prof. Dr. Uğur Şahin, rakan pengasas BioNTech di Jerman.
Menteri Turki Varank juga menekankan bahawa di satu sisi Turki juga sedang berusaha untuk menghasilkan vaksinnya sendiri,
“Kami melihat bahawa wabak ini akan berlanjutan selama bertahun-tahun. Ketika anda melihat negara-negara yang mengumumkan jadual vaksinasi mereka hari ini, kita melihat bahawa sebahagian kecil penduduk dunia akan divaksinasi pada tahun 2021. Mungkin kita dapat bekerjasama dengan negara-negara asing, tetapi kita ingin mempunyai vaksin kita sendiri.” Katanya.
“Sekarang, kami sedang berusaha bagaimana cara memvaksinasi rakyat kami yang paling mendesak, dan sebagai tambahan, usaha kami terus berjalan dengan cepat untuk melancarkan vaksin domestik dan nasional ke pasaran. ” Tambahnya.