KEBUDAYAAN & KESENIAN

Resipi Masakan Turki (İç Pilav)

Salah satu hidangan utama dalam masakan Turki adalah ‘’Pilav’’ iaitu ‘’Nasi’’. Terutamanya Pilav atau Nasi yang dibuat dengan beras, senantiasa menjadi mahkota di meja makan sejak zaman Uthmaniyyah sehingga hari ini. Walaupun beras yang hadir ke masakan Uthmaniyyah adalah berasal dari China, kemudian begitu banyak jenis dan teknik memasak dibangunkan, sehingga masakan yang dibuat dengan beras dan terutamanya Pilav menjadi hidangan paling asas dalam masakan Uthmaniyyah. Apa yang membuat nasi-nasi Uthmaniyyah begitu istimewa adalah pelbagai ramuan yang digunakan di dalamnya. Dalam Masakan Uthmaniyyah terdapat banyak jenis nasi yang dibuat dengan daging, ikan, makanan laut, kacang-kacangan dan sayur-sayuran. Walaupun kebanyakan nasi-nasi ini telah terlupakan, sesetengah daripada mereka masih dimasak dan disukai dalam Masakan Turki. Berikut adalah salah satu daripadanya; “İç Pilav”. Dalam program Masakan Turki, kali ini kami akan berkongsi dengan anda “resipi İç Pilav” yang merupakan salah satu hidangan penting dalam undangan-undangan makan.

Mari kita kira bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat ‘’İç Pilav’’

150 gr hati domba

1,5 cawan beras

1 bawang dipotong kecil kecil

2 sudu besar kacang pine

2.5 sudu besar currants

½ sudu teh allspice

½ sudu teh kayu manis

1/3 sudu teh lada hitam

4 sudu mentega

2.5 cawan air panas

3 batang parsley dicincang halus

garam

Kini tiba masa kita memasak İç Pilav. Masukkan beras ke dalam wadah, tambahkan air panas sehingga terendam, tambahkan garam dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bilas beberapa kali dengan air sejuk dan biarkan longkang. Sementara itu, potong hati domba menjadi kubus berukuran 1cm2. Bersihkan currants dari batangnya dan rendam dalam air selama setengah jam. Cairkan dua sudu mentega dalam periuk. Masukkan kacang pine dan tumis sehingga kecoklatan. Masukkan bawang dan teruskan menumis. Masukkan hati domba apabila bawang mulai lembut. Lanjutkan lagi menumis dengan api sederhana selama 3-4 minit. Tambahkan 2.5 cawan air dan mentega yang tersisa ke dalam periuk. Apabila air mendidih tambahkan beras yang telah ditapis, garam, lada, allspice, kayu manis dan currants dan tutup periuk. Pertama masak dengan api besar, dan apabila air mendidih kecilkan api masak dengan api kecil, masak sehingga air menyusut. Selepas api dimatikan, biarkan berehat selama 15-20 minit dengan tudung tertutup. Kacau nasi dengan sudu kayu, taburkan pasli cincang diatasnya dan sajikan. Selamat Makan …

Dalam program Masakan Turki, kami telah memberikan resipi İç Pilav, yang merupakan salah satu hidangan tradisional Turki. Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan risipi berbeza.a