KEBUDAYAAN & KESENIAN

Resipi Masakan Turki (Baklava)

Resipi Masakan Turki (Baklava)

Jika kita bertanya, pecuci mulut apa yang paling terkenal diantara hidangan pencuci mulut Turki?, Majoriti pasti akan menjawab ‘’Baklava’’. Baklava adalah hidangan pencuci mulut yang dihidangkan pada hari raya, majlis perkahwinan dan perayaan-perayaan hari bahagia. Apabila anda naik pangkat di tempat kerja, segera beli satu dulang baklava dan bahagikan ke rakan-rakan sekerja. Apabila anak anda lahir, anda boleh bahagikan Baklava kepada orang-orang tercinta. Jika hari raya tiba, Baklava adalah pemeran utama. Yaa anda benar… hari ini kami akan memberikan resipi Baklava kepada anda semua.

Baklava adalah sebuah makanan pencuci mulut yang dibuat dari lapisan-lapisan doh yang sangat tipis, yang diantaranya diisi dengan pistachio, walnut atau hazelnut, kemudian disiram dengan air gula atau sherbet. Baklava bukan hanya pencuci mulut khas Turki sahaja. Baklava juga boleh anda jumpai di geografi yang luas, mulai dari negara-negara Balkan hingga ke Timur Tengah. Tetapi para gourmet sebenar berkata bahawa Baklava yang terbaik adalah yang dibuat di bandar ”Gaziantep” di wilayah tenggara Turki. Tanpa menunda lagi mari kita lihat resipi Baklava.

Tiga buah telur

SATU cawan susu

SATU cawan minyak masak

SATU sudu teh baking powder

SATU sudu cuka

¼ sudu teh garam

5 cawan tepung

2 gelas walnut atau pistachio yang telah ditumbuk kasar

SATU ½ cawan kanji jagung

SATU sudu teh jus lemon

250 gram mentega cair

Untuk sherbetnya:

4 cawan gula

5 cawan air

1/2 sudu teh jus lemon

Kini sudah tiba masanya kita membuat Baklava. Pertama kita akan mulakan dengan menyediakan doh. Masukan tepung ke dalam wadah yang dalam. Tambahkan telur, susu, minyak, baking powder, cuka dan garam. Mulailah menguli semua bahan secara perlahan sehingga menjadi adunan yang lembut. Tutup doh dengan kain lembap selama satu jam atau lebih pada suhu bilik. Doh yang telah diistirahatkan, bahagikan menjadi 20 bahagian yang sama, kemudian bulatkan pada meja marmar. Pipihkan bulatan doh sebesar pinggan. Taburkan kanji jagung diantaranya. Pipihkan setipis-tipisnya doh dengan rolling pin. Anda juga boleh menggunakan kulit baklava yang dijual dipasaran.

Sementara itu, cairkan mentega dalam periuk kecil dengan api yang rendah untuk dioles pada setiap lapisan doh. Oleskan dulang dengan mentega yang telah dicairkan. Pisahkan doh yang telah ditipiskan untuk bahagian paling bawah dan paling atas. Tata di atas dulang secara bertumpuk 10 doh tipis dengan mengoleskan mentega disetiap lapisan. Taburkan kacang cincang secara merata. Tata kembali sisa doh tipis diatas taburan kekacang. Rapikan bahagian tepi dulang. Potong-potong baklava dengan pisau yang tajam. Siramkan sisa mentega cair ke atas Baklava. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah selama kira-kira 50 minit, sehingga Baklava berwarna kecoklatan.

Untuk mempersiapkan sherbet; Selepas mencampurkan gula dalam dengan air ke dalam periuk, rebus selama kira-kira 25 minit dengan api sederhana. Selepas menambah jus lemon ke air gula yang telah mendidih, matikan api. Keluarkan baklava dari ketuhar, dengan bantuan sudu tuangkan ke atasnya sherbet panas sedikit demi sedikit. Hidangkan baklava, jika air gula telah meresap.

Dalam program resipi masakan-masakan Turki, kali ini kami telah memberikan anda resepi ‘’Baklava”, salah satu kelezatan yang penting dalam dapur Turki.

Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan kelezatan yang berbeza.