KEBUDAYAAN & KESENIAN

50 Juta Lebah Penghasil Madu Mati Keracunan

Lebih daripada 50 juta lebah ditemui keracunan di wilayah Medimurje di utara Kroasia.

Berita pada media tempatan melaporkan bahawa lebih daripada 50 juta lebah, yang menghasilkan madu pada 600 sarang, mati.

Keracunan racun pestisida (racun perosak) disyaki menjadi penyebab ‘bencana ekologi’.