Bantuan Bulan Sabit Merah Turki untuk Indonesia
Bantuan Bulan Sabit Merah Turki untuk Indonesia
Bulan Sabit Merah Turki (Türk Kızılay) memberikan bantuan makanan kepada keluarga yang memerlukan di Indonesia.
Bulan Sabit Merah Turki (Türk Kızılay) memberikan bantuan makanan kepada keluarga yang memerlukan di Indonesia.
Dalam konteks Program Bantuan Ramadan Türk Kızılay, 2 ribu 300 bungkusan makanan telah disampaikan kepada mereka yang memerlukan di dua wilayah yang berlainan, termasuk di Pulau Sulawesi dan Pulau Sumatera.
Di samping itu, majlis iftar berjumlah 300 orang diadakan di Pulau Sumatera.
Bulan Sabit Merah Turki terus memberi sokongan kepada penduduk di wilayah tersebut untuk mengatasi krisis kemanusiaan setelah gempa bumi di Pulau Sulawesi dan memulihkan keadaan hidup.
Dalam konteks ini, Bulan Sabit Merah Turki meneruskan kegiatannya dengan 12 projek bantuan kemanusiaan yang dilaksanakan di rantau ini.
Pada 28 September 2018, di Pulau Sulawesi, dalam gempa bumi berkekuatan 7.5 magnitud yang berlaku di Teluk Palu dan tsunami yang berlaku selepas gempa bumi, 4 ribu 340 orang meninggal dunia.