Coronavirus di Turki
Menteri Kesihatan Turki Fahrettin Koca melaporkan bahawa wabak itu terkawal dalam keadaan sekarang.
Kejayaan Turki dalam perjuangannya menghadapi wabak jenis baru coronavirus (Covid-19), penurunan junlah kematian dan kes terus berlanjutan.
Kehilangan nyawa yang dicatatkan semalam adalah 58 orang, dengan demikian jumlah orang yang kehilangan nyawa sejak awal wabak adalah 3 ribu 952 orang.
Dalam tempoh yang sama, 33 ribu 332 ujian dilakukan dan 1.639 kes baru dikesan.
2 ribu 826 pesakit dibenarkan keluar dari hospital dan jumlah pesakit yang telah menyelesaikan rawatan dan pulih adalah meningkat kepada 101 ribu 715.
Selain itu, Menteri Kesihatan Turki Fahrettin Koca melaporkan bahawa wabak itu terkawal dalam keadaan sekarang.
Fahrettin Koca membuat kenyataan selepas pertemuannya dengan Jawatankuasa Ilmiah.
“Kami telah mengendalikan wabak ini. Jika kita mengawal kehidupan sosial kita, kita akan melihat hari-hari yang indah.” Katanya.