EKONOMI

Turki: ”Kereta Api Eksport Pertama Kami akan Tiba di China Minggu Depan”

Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur Turki, Adil Karaismailoğlu, mengatakan bahawa kereta api eksport pertama dari Turki ke China, akan tiba di negara China minggu depan.

Dalam satu kenyataan di Eskişehir, Menteri Karaismailoğlu, menggariskan bahawa seperti dalam semua moda transportasi, pekerjaan penting yang mereka lakukan dalam pelaburan kereta api, juga menghasilkan nilai tambah bagi perdagangan dan ekonomi Turki.

Dalam ucapannya, Karaismailoğlu menyebut bahawa mereka menghantar kereta eksport pertama dari Istanbul ke China pada 4 Disember,

“Kereta api kami masih terus melanjutkan perjalanan. Kereta api kami telah sampai di Azerbaijan dan hari ini ia meneruskan perjalanan menuju China dengan menyeberangi Laut Kaspia ke Kazakhstan. Ia akan tiba di China minggu depan.” Katanya.

Tinggalkan Balasan