Erdoğan Sampaikan Takziah ke Kuwait
Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan menyampaikan takziah kepada Kuwait atas meninggalnya Emir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah.
”Saya sangat berduka mendengar berita kematian Emir Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah. Atas nama bangsa Turki, saya menyampaikan takziah kepada sahabat dan saudara kami di Kuwait,” kata Presiden Erdoğan dalam catatannya berbahasa Arab dan Turki menerusi akaun Twitter.
Sementara itu, kerajaan Kuwait segera menamakan adik tirinya berusia 83 tahun, Putera Mahkota Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah, sebagai pewaris.
Selain itu, setelah kematian Emir Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, berkabung diumumkan di Qatar, Mesir, Jordan, Palestin, Lebanon, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain.