DUNIA

Erdoğan-PM Libya Bincangkan Langkah yang akan Melindungi Hak Turki dan Libya di Mediterranean Timur

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan menerima Perdana Menteri Libya Fayez Mustafa al-Sarraj.

Penerimaan di Vahdettin Mansion di Istanbul, yang berlangsung selama 2 jam 35 minit, ditutup kepada akhbar.

Menurut kenyataan yang dibuat oleh Direktorat Komunikasi mengenai penerimaan Perdana Menteri Libya Fayez Mustafa al-Sarraj oleh Presiden Erdoğan, perkembangan di Libya, hubungan dua hala dan isu-isu serantau dibincangkan.

“Pertemuan yang berkesan telah berlaku antara Presiden kami dan Encik Fayez al-Sarraj yang akan menyumbang kepada keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat Libya dan memperkukuhkan hubungan dua hala. Dalam pertemuan itu, Presiden Erdoğan menyatakan bahawa Turki akan terus berada dalam perpaduan dengan kerajaan Libya yang diakui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan mengulagi lagi bahawa keutamaan Turki adalah melindungi perpaduan politik dan integriti wilayah Libya agar segera mencapai kestabilan.” Kata kenyataan itu.

Presiden Erdoğan menekankan bahawa kedamaian dan ketenangan yang akan dicapai di Libya akan menguntungkan seluruh wilayah, terutama negara-negara jiran dan Eropah, beliau menekankan bahawa masyarakat antarabangsa juga mesti menunjukkan sikap berprinsip ke arah ini.

Dalam pertemuan itu, hal-hal yang dilaksanakan untuk mengukuhkan kerjasama dalam kerangka memorandum persefahaman yang ditandatangani Turki dengan kerajaan yang sah di Libya, serta langkah-langkah yang akan melindungi hak-hak Turki dan Libya di Mediterranean Timur juga telah dievalusi.

Tinggalkan Balasan