TURKI

Turki Bertekad Ambil Langkah Terhadap Aktiviti Merosakkan Sempadannya yang Timbul Dari Wilayah Iraq

Turki melaporkan bahawa ia bertekad untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan terhadap segala jenis aktiviti, yang merosakkan sempadannya, yang timbul dari wilayah Iraq, berdasarkan hak untuk mempertahankan diri yang berasal dari undang-undang antarabangsa.

Jurucakap Kementrian Luar Turki, Hami Aksoy, membuat jawaban bertulis mengenai kenyataan yang dibuat oleh Jurucakap Perdana Menteri Iraq dan Jurucakap Kementrian Luar Iraq terkait Operasi Claw- Eagle dan Operasi Claw-Tiger Turki yang sedang berterusan di utara Iraq.

Jurucakap Aksoy menyatakan bahawa Turki mengharapkan pentadbiran Iraq memenuhi kewajiban mereka yang bersumber kepada undang-undang antarabangsa dan perlembagaan negara itu, Turki mengharapkan Iraq tidak membenarkan wilayahnya digunakan oleh organisasi pengganas PKK,

“Kami mengingatkan sekali lagi bahawa kami bersedia bekerjasama untuk melawan PKK, yang mengancam keselamatan Iraq dan melanggar kedaulatannya. Selama harapan-harapan ini tidak terpenuhi, Turki bertekad untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan terhadap segala jenis aktiviti, yang merosakkan sempadannya, yang timbul dari wilayah Iraq, berdasarkan hak untuk mempertahankan diri yang berasal dari undang-undang antarabangsa.” Katanya.

Tinggalkan Balasan