PBB: ”Volkan Bozkır akan Membawa Pengalaman Diplomatiknya Selama Beberapa Dekad”
Nikhil Seth, Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menyatakan bahawa Volkan Bozkır, yang terpilih sebagai Presiden Perhimpunan Agung ke-75 PBB, akan membawa pengalaman diplomatik selama beberapa dekad.
“Duta Besar Volkan Bozkır akan mempengerusikan Majlis Umum untuk tahun kritikal bagi PBB. Duta Besar Bozkır membawa pengalaman diplomatik selama beberapa dekad dan akan memerlukan sokongan semua negara anggota PBB. Saya mengalu-alukan niat untuk membina kepercayaan di antara negara-negara.” Katanya mengenai terpilihnya Volkan Bozkır sebagai Presiden Perhimpunan Agung ke-75 PBB.
Seth menekankan bahawa seperti biasanya, pada ketika ini juga membina kepercayaan antara negara-negara merupakan langkah yang diperlukan untuk maju.
”Duta Besar Volkan Bozkır perlu menjalin hubungan bukan hanya dengan kerajaan, tetapi juga dengan orang muda, perniagaan, akademi, kumpulan wanita, masyarakat adat, orang tua dan orang kurang upaya.” Kata dia.
Seth juga bercakap mengenai negara-negara seperti Turki yang merangkul pelarian dan pencari suaka.
Seth menunjukkan bahawa sumber daya yang dimiliki pelarian Syria telah habis jauh sebelum ketika mereka pertama kali meninggalkan negara mereka kerana perang saudara,
“Keperluan pelarian, menimbulkan tekanan yang meningkat terhadap sistem dan sumber daya negara-negara dan komuniti tuan rumah, terutamanya negara seperti Turki. Kerajaan Turki, terus memberikan perlindungan kepada pelarian dan pencari suaka di Turki dan terus menolong mereka dan ia menunjukkan bahawa masalah ini sangat diperhatikan secara kuat.” Katanya.