KEBUDAYAAN & KESENIAN

Risipi Masakan-Masakan Turki (Nasi Bulgur)

Salah satu bahan yang biasa digunakan dalam masakan Turki adalah bulgur. Seperti beras, ia sering digunakan dalam masakan-masakan seperti nasi, salad, sup, sayur dan juga bebola daging. Tetapi apakah bulgur itu? Bulgur, yang sering disangka couscous, salah satu ramuan asas masakan Timur Tengah, sebenarnya adalah gandum dalam bentuk yang pecah-pecah. Butir gandum pertama direbus, kemudian dikeringkan, dipisahkan dari cangkangnya, dan kemudian dengan pengisar ia dibahagikan kepada kepingan berukuran yang berlainan. Yang dipecah secara kasar biasanya digunakan dalam pembuatan nasi, sedangkan yang halus digunakan untuk bola-bola daging, masakan paprika isi dan salad.

Oleh kerana tanah Anatolia dan keadaan geografi sesuai untuk penanaman gandum, produk yang dibuat dari gandum, terutama bulgur, merupakan dasar masakan Turki. Khususnya, nasi yang dibuat dari bulgur mempunyai tempat khusus dalam budaya Turki. Nasi bulgur (Bulgur Pilavı) yang dibuat di hampir setiap kawasan Anatolia dengan cara yang berbeza, adalah salah satu makanan yang sangat penting dalam masakan Turki. Oleh itu kita akan memberi anda resep nasi bulgur hari ini.

Bahan-bahan kami untuk membuat nasi bulgur adalah seperti berikut;

• 1 cawan bulgur kasar

• 1/4 cawan minyak

• 1 bawang bombay

• 2-3 lada hijau

• 1/2 sudu pes lada

• 2 tomato

• 2 cawan air mendidih

• Garam, lada hitam, paprika, pudina

• 2 sudu mentega

Adapun pembuatan nasi bulgur;

Pertama, panaskan minyak, tumis bawang cincang halus dan lada; Teruskan memasak selama beberapa minit dengan menambah pes lada. Kemudian tambah tomato kupas yang sudah dicincang kecil dan masak sehingga tomato lembut. Dalam pada itu, basuh bulgur dua kali, tiriskan dan campurkan ke dalam tumisan tomato / bawang yang telah disediakan sebelumnya. Masukkan air mendidih dan kecilkan api. Tambah garam dan rempah. Masak bulgur sehingga air habis. Selepas api dimatikan, cairkan dua sudu mentega dalam kuali yang berasingan dan tuangkan panas panas pada bulgur yang dimasak. Hidangkan nasi bulgur selepas diistirahatkan kira-kira 10 minit selepas periuk ditutup. Selamat menikmati…

Dalam program Masakan Turki, kami telah memberikan resipi nasi bulgur, yang merupakan salah satu hidangan tradisional Turki. Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan risipi berbeza.

Tinggalkan Balasan