KEBUDAYAAN & KESENIAN

Resipi Masakan Turki (Keşkül)

Hidangan pencuci mulut mempunyai tempat yang penting dalam dapur Turki. Sejak masa lalu hingga sekarang, makanan pencuci mulut selalu mempunyai tempat yang istimewa di istana Uthmaniyyah atau di kalangan orang ramai. Dalam perayaan, pesta, hari raya dan hari-hari yang diberkati, hidangan pencuci mulut selalu menjadi pemeran utama. Walaupun pencuci mulut Turki yang terkenal di dunia adalah ‘’Baklava’’, namun pencuci mulut dengan susu atau buah juga penting dalam hidangan masakan Turki. Terutamanya pencuci mulut yang dibuat dengan susu lebih mudah dicerna, rendah kalori dan kos membuatnya yang juga murah, menjadi hidangan pencuci mulut yang sering dibuat di dapur-dapur Turki. Selain itu, pencuci mulut bersusu cara pembuatannya juga sangat lebih mudah dibandingkan dengan cara membuat baklava atau pencuci mulut dengan air gula (Syrup).

Hari ini kami ingin berkongsi kepada anda resipi pencuci mulut bersusu khas Turki. Hidangan pencuci mulut kami bernama ‘’Keşkül’’ sejenis pudding almond yang sangat disukai sejak zaman uthmaniyyah hingga setakat ini.

Untuk membuat Keşkül pertama mari kita sediakan bahan-bahannya.

-1 liter susu

-1 cawan gula

-1 cawan almond bubuk

-2 sudu kanji

-2 sudu kelapa parut kering

-1 kuning telur

  • 1 pek vanila
  • Kacang almond atau pistachios yang dikupas dan dihancurkan.

Kini sampailah kita pada cara membuat Keşkül. Pertama masukan susu, gula, kuning telur, kelapa kering dan bubuk almond ke dalam periuk, kacau hingga merata dan masak. Masak sambil terus diaduk hingga mendidih. Sementara itu, cairkan tepung kanji dengan menambahkan 3 sudu air dan kacau. Tambah kanji ke dalam campuran susu rebus sambil terus kacau. Masak sambal terus di kacau hingga mengental. Keşkül yang telah masak bahagikan ke dalam mangkuk dan biarkan sejuk. Selepas ia benar-benar sejuk taburkan almond atau pistachios tumbuk diatasnya.

Selamat Menikmati hidangan anda!

Dalam program Masakan Turki, kali ini kami telah memberikan anda resipi pencuci mulut Keşkül yang lazat dan sangat mudah pembuatannya. Sampai jumpa lagi pada program berikutnya dengan kelezatan yang berbeza.

Tinggalkan Balasan