KEBUDAYAAN & KESENIAN

Resipi Masakan Turki (Kadınbudu Köfte)

Salah satu makanan utama dalam dapur Turki adalah ”Köfte” yang merupakan makanan yang dibuat daripada bahan-bahan yang dikisar kemudian dicampur dengan rempah-rempah dan dimasak. Masakan ini, yang dimasak sejak zaman Uthmaniyyah sehingga setakat ini, terdapat lebih daripada 300 jenis di Turki. Köfte adalah hidangan yang mampu meniru semua jenis. Anda juga boleh menemuinya di sebuah restoran mewah, juga di kaunter yang menjual makanan jalanan. Sebagai bahan utama, ia boleh dibuat dengan menggunakan daging sapi, ayam, ikan, kekacang, bijirin dan juga sayur-sayuran. Hari ini kita akan memberi anda resipi köfte yang boleh dimakan selagi panas ataupun sejuk. Nama köfte kita adalah “Kadınbudu Köfte”.

Seperti biasanya, sebelum kita membuat Kadınbudu Köfte, mari kita sediakan bahan-bahannya…

600 gram daging kisar

½ cawan beras

1 bawang besar

3 telur

¼ sudu teh jintan

½ sudu teh garam

¼ sudu teh lada hitam

1 cawan tepung roti

1 cawan minyak

Kini tiba masa untuk kita membuat Kadınbudu Köfte. Pertama rebus beras yang telah dibasuh dengan 1 cawan air dan 1/4 sudu teh garam, rebus separuh masak. Potong halus bawang atau juga boleh diparut. Tumis bawang di kuali sehingga lembut dan tambahkan separuh daripada daging kisar teruskan menumis. Tumis terus sehingga air menyusut. Angkat tumisan daging dan bawang yang telah masak dan biarkan sejuk. Dalam wadah besar masukkan daging kisar yang mentah, tepung, beras yang telah direbus, tumisan daging dan bawang, telur, semua rempah-rempah dan garam, uli sehingga tercampur rata. Kemudian simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit. Sementara itu, kocok dua telur yang tersisa. ambil adonan yang telah disimpan di peti sejuk, bentuk bulat sebesar telur. Balut köfte dengan tepung roti kemudian celupkan ke telur kocok, dan goreng dalam minyak panas. Anda boleh menyajikan kadınbudu köfte selagi panas atau selepas sejuk. Selamat makan!!

Dalam program Resipi Masakan Turki kali ini, kami telah memberikan resipi Kadınbudu Köfte.

Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan risipi berbeza.

Tinggalkan Balasan