KEBUDAYAAN & KESENIAN

Resipi Masakan Turki (Işkembe Çorbası)

Selamat datang ke program Resipi Masakan Turki. Hari ini kita akan membahas ‘’jeroan’’. Jeroan adalah nama umum untuk kumpulan sebuah masakan yang disukai oleh sesetengah orang, sesetengah lainnya tidak menyukai jeroan bahkan mereka jijik. Menurut kamus, jeroan adalah nama yang diberikan kepada bahagian-bahagian haiwan yang boleh dimakan, kecuali otot-ototnya. Jeroan adalah bahagian daripada tubuh haiwan seperti hati, usus, kaki, kepala, babat hingga buah pinggang.

Walaupun ia telah digunakan sepanjang sejarah dalam masakan Turki maupun masakan dunia, penggunaan dan popularitinya telah beransur-ansur menurun sejak abad yang lalu. Sebenarnya keadaan ini tidak begitu berbeza dengan masakan Turki. Salah satu hidangan yang paling penting dari masakan istana Uthmaniyyah dan masakan rakyat, hari ini jarang dimasak di rumah-rumah. Untungnya di Turki masih ada restoran-restoran yang pakar mengenai makanan-makanan yang terbuat dari jeroan. Pada umumnya di restoran-restoran yang disebut ‘’Işkembeci’’, anda boleh menemui makanan semua jenis jeroan.

Dalam program resipi Masakan Turki kali ini, kami akan memberikan anda resipi sup babat atau dalam Bahasa Turki adalah ‘’işkembe Çorbası’’.

Untuk membuat işkembe çorbası, mari kita sediakan bahan-bahannya;

500 gr babat lembu atau domba

10 cawan air

2 sudu terigu

2 sudu minyak

1 telur

jus dari satu lemon

setengah cawan cuka

6-7 ulas bawang putih

serbuk chili merah

garam

Kini tiba masanya kita memasak Işkembe Çorbası:

Basuh babat yang telah dibersihkan dan masak dengan 10-12 cawan air dan garam sehingga lembut. Bersihkan buih yang terkumpul di permukaan. Apabila air rebusan telah bersih dan tiada lagi berbuih, tutup tudung periuk dan masak selama kira-kira 1-1,5 jam sehingga babat lembut. Sisihkan babat yang telah lembut dengan menggunakan sudu berlubang dan potong-potong halus dengan pisau yang tajam. Sementara itu di periuk lain tumis 2 sudu minyak dan 2 sudu terigu dengan api kecil. Ambil satu mangkuk air rebusan babat dan masukkan ke tumisan tepung. Masukkan semua sisa air rebusan babat dan masak hingga mendidih. Kemudian masukkan babat yang telah dipotong-potong kedalam air yang telah mendidih. Masukkan kuning telur dan jus lemon dalam mangkuk dan campurkan dengan air sup dan tambah kepada sup. Rebus selama 3 minit lagi dan matikan api. Sekarang sup anda sudah siap. Satu-satunya kekurangan adalah bawang putih dan cuka! Kacau dalam mangkuk 6-7 ulas bawang putih dan 2 cawan cuka. Anda boleh menambahkannya ke sup yang mendidih atau jika anda menghendaki tambahkan ke sup selepas dihidangkan ke mangkuk. Selamat menikmati hidangan anda!

Dalam program resipi masakan-masakan Turki, kali ini kami telah memberikan anda resipi Işkembe Çorbası, salah satu kelezatan yang penting dalam dapur Turki.

Sampai jumpa dengan kelezatan yang berbeza.

Tinggalkan Balasan