KEBUDAYAAN & KESENIAN

Resipi Masakan Turki (Çoban Salatası)

Resipi Masakan Turki (Çoban Salatası)
Dalam program ini, kami memberikan maklumat ringkas tentang budaya makanan Turki dan resipi dari masakan Turki.

Hampir di seluruh penjuru dunia, Salad adalah salah satu pelengkap makanan yang paling penting. Bahan-bahan Salad boleh berbeza dari budaya ke budaya; dari rantau ke rantau. Turki juga kaya akan pelbagai jenis salad. Terdapat banyak jenis salad yang dibuat dengan sayuran, kekacang atau bijirin. Tetapi jika anda bertanya salad Turki yang mana yang paling terkenal dan paling banyak dikonsumsi, jawapan kami adalah “Çoban Salatası” atau ‘’Salad Penggembala’’. ‘’Çoban Salatası’’ yang bahan utamanya adalah tomato, timun, chili hijau dan bawang, adalah hidangan yang paling sering disediakan terutamanya pada musim panas dimana sayuran-sayuran ini banyak dan lazat. Ia sangat mudah dibuat, namun sangatlah lazat. Mari kita lihat bagaimana cara menyediakan Çoban Salatası ini.

Seperti biasanya mari kita lihat bahan-bahan apa yang diperlukan untuk membuat Çoban Salatası:

4 tomato bersaiz sedang

3 chili hijau sedang

2 timun bersaiz sedang

1 bawang besar

1/4 ikat daun pasli

5 sudu minyak zaitun

4 sudu besar jus lemon yang baru diperas

1/2 sudu teh garam

Kini tiba masanya kita menyediakan Çoban Salatası.

Pertama kupas tomato dan potong dadu kecil kira-kira 1 cm. Kupas kulit timun dan potong kecil selaras dengan tomato. Potong chili hijau yang telah dikeluarkan bijinya. Bahagikan bawang menjadi dua dan hiris tipis-tipis bentuk setengah bulan. Potong halus daun pasli. Campurkan semua bahan yang dicincang kecuali bawang ke dalam mangkuk salad dan letakkannya di atas pinggan untuk disajikan. Tambahkan irisan bawang diatasnya.

Untuk sos salad; Campurkan minyak zaitun, jus lemon segar dan garam dalam mangkuk kecil dan tuangkan ke campuran salad. Sajikan salad segera sebelum berair. Selamat makan …

Dalam program resipi masakan-masakan Turki, kali ini kami telah memberikan anda resepi Çoban Salatası, salah satu kelezatan yang penting dalam dapur Turki.

Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan kelezatan yang berbeza.