Menurut Ramalan OECD, Turki Negara Ketiga yang Paling Sedikit Terjejas Covid-19
Menteri Perbendaharaan dan Kewangan Berat Albayrak, menyatakan bahawa menurut ramalan Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Turki adalah negara ketiga yang ”paling sedikit terjejas” wabak Covid-19 selepas China dan Korea Selatan.
Menerusi akaun Twitternya, Menteri Albayrak berkongsi video mengenai ramalan pertumbuhan OECD 2020 mengikut negara,
“Berkat ekonomi kita yang kuat, ramalan ini juga akan berubah menjadi lebih baik. Kami berterima kasih kepada semua kakitangan kesihatan dan pekerja kami yang tidak melepaskan pengeluaran dalam perjuangan ini.” Katanya.