TURKI

Erdoğan: ”Turki telah Menemui 320 Bilion Meter Padu Simpanan Gas Asli di Laut Hitam”

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan mengumumkan “berita baik” yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai.

Presiden Erdoğan yang bercakap di hadapan kamera di Pejabat Kerja Istanbul Dolmabahçe, mengumumkan bahawa penemuan gas asli terbesar dalam sejarah Turki telah terealisasikan di Laut Hitam.

“Kapal Penggerudian kami, Fatih, telah menemukan 320 bilion meter padu simpanan gas asli pada penggerudian Telaga Tuna-1, yang dimulai pada 20 Julai 2020. Kami menjalankan operasi ini sepenuhnya dengan cara nasional. Data dari telaga menunjukkan bahawa penemuan gas asli baru kemungkinan besar berlaku di wilayah yang sama. Matlamat kami adalah untuk menyediakan gas Laut Hitam untuk negara kami pada tahun 2023.” Katanya.

“Sekarang kami akan segera memulakan pengeboran telaga pengesanan, kemudian kami akan menentukan konsep pengeluaran dan beralih ke pekerjaan pembinaan dan pengeluaran.” Tambah erdoğan.

Tinggalkan Balasan