TURKI

Erdoğan: ‘Seluruh Dunia Perlu Tahu Apa itu Israel’

Presiden Recep Tayyip Erdoğan menyatakan bahawa mereka akan memberitahu seluruh dunia apa itu Israel,

”Seluruh dunia perlu tahu apa itu negara pengganas Israel.” Katanya.

Presiden Erdoğan berucap di Majlis Perasmian Persimpangan Habipler Junction-Hasdal Lebuh raya Marmara Utara.

Merujuk kepada penganiayaan Israel terhadap rakyat Palestin dalam ucapannya, Presiden Erdoğan mengatakan;

“Kami akan memberitahu seluruh dunia apa itu Israel. Seluruh dunia harus tahu apa itu negara pengganas Israel.”

“Semua orang yang ditindas di dunia sedang menunggu hari ketika Turki yang kuat akan berdiri dan bangkit.” Kata Presiden Erdoğan bercakap terutama kepada golongan muda.

“Kami bertekad untuk menyampaikan Turki ke tujuannya dengan melintasi jambatan yang kami bina dari masa lalu dengan kasih sayang dan penuh semangat.” Katanya.

Tinggalkan Balasan