50 Rumah yang Disumbangkan oleh Emine Erdoğan untuk Penduduk Idlib telah Diserahkan
50 rumah yang disumbangkan oleh Ibu Negara Emine Erdoğan untuk orang awam yang dipindahkan oleh serangan rejim Bashar al-Assad dan penyokongnya di Syria, telah diserahkan kepada yang memerlukan.
Jumlah rumah briket, yang dibina dalam ruang lingkup projek “We Stand By Idlib” yang dimulakan oleh Kementerian Dalam Negeri, yang telah diserahkan mencecah 162.
Dalam ruang lingkup projek, yang memakan masa sekitar 3 bulan untuk dibina, 810 orang awam menjadi pemilik rumah briket.
Bercakap pada upacara penyerahan rumah-rumah tersebut, Wakil Gabenor Hatay dan Pengawas Pentadbiran Awam Pintu Sempadan Darat Cilvegözü Salih Altun mengingatkan bahawa Menteri Dalam Negeri Süleyman Soylu memulakan projek 50 ribu rumah briket untuk orang-orang yang menjadi mangsa perang saudara.
“Projek ini telah mendapat sokongan dari banyak tempat. Hari ini, 50 rumah briket Puan Emine Erdoğan, yang secara peribadi menderma, telah disiapkan dan dihantar.” Kata Salih Altun.
Fatma Ahmet, tuan rumah, menyatakan bahawa dia terpaksa berhijrah akibat dari serangan dahsyat rejim Assad dan berkata, “Menantu saya kehilangan nyawanya dalam serangan tersebut. Saya berhijrah ke Idlib terlebih dahulu dengan 2 cucu saya yang yatim. Kami tidak mempunyai tempat tinggal. Mereka menempatkan kami di sini. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ibu Negara Emine Erdoğan yang telah mendermakan rumah-rumah.”